Latihan ICT Kreatif _Kuiz dan Word Search Online
19 Julai 2020 | Aktiviti TerkiniPada 18 Julai 2020 (Ahad) Pusat Internet Presint 9 Fasa 10 telah menjalankan kelas latihan ICT Kreatif dan seramai 5 orang pelajar menyertai kelas ini yang diadakan bermula pada pukul 3.00 petang sehingga 5.00 petang. Pada aktiviti pertama petugas memberi penerangan mengenai covid-19 melalui tayangan video dan slide. Aktiviti ini diakhiri dengan pertandingan kuiz dan pencarian perkataan tersembunyi secara online bertemakan topik Covid-19
Tujuan aktiviti :
• Dapat memberi pendedahan dan penerangan secara jelas kepada peserta dalam usaha mendidik mereka untuk lebih peka dan sentiasa berwaspada
• Dapat menguji pemahaman, pengetahuan mereka dalam isu ini dan meningkatkan kecekapan dalam menyelesaikan sesuatu tugasan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: